Salam..
Jika dulu dulu orang menggunakan diari sebagai medium untuk luahkan rasa dan pemikiran, di zaman ini nampaknya blog menjadi pilihan. Tidak seperti diari yang biasanya lebih privacy, blog ini pula akan menjadi tatapan ramai. Itu yang baiknya blog ni kerana perasaan dan pemikiran kita kenalah di 'keluarkan' barulah orang tahu. jika disimpan nanti takut menjadi karat atau yg lagi teruk nanti jadi katak bawah tempurung pula.
Pemikiran yang pertama ini biarlah mengenai kehidupan bersama 'Bak' Ismail bin Idris. Banyak pemikiran saya sekarang ini dipengaruhi oleh beliau. Mak pernah kata yg saya ni sebiji macam Bak. ya la.. mana tumpah kuah kalau tak ke nasi.
Bak ni walaupun dah naik haji tapi enggan guna title 'Haji' dia tu. Saya pernah tanya dia pasal kenapa tak guna title haji tu.. apa jawab Bak? Dgn panjang lebar dia luahkan pemikiran dia berkenaan haji ni. Pada Bak, menunaikan haji ini sama seperti menunaikan sholat, zakat, puasa dan zakat. Merupakan rukun islam yang wajib kita tunaikan. Tak tahulah Bak berlawak atau serius, dia kata napa lak hanya guna Haji Ismail tapi tak guna Sholat Ismail? Jauh di hati saya memang bersetuju dengan pemikiran Bak ni. Ini lah antara sebab saya kekal gunakan nama Ismail tanpa ada Hj. di depannya. Saya juga menyimpan hasrat untuk tidak gunakan title Hj bila di lapangkan untuk menunaikan ibadah Haji nanti. InsyAllah.
Semasa saya di tingkatan 1 atau 2, di kampung sedang meriah dengan belajar silat. Masa tu gelanggang di rumah Hj. Daud di hujung kampung. majoriti anak muda kampung belajar silat. Saya cuba gak ikut ikut belajar silat tu. Adalah amalan2 yg kami kena buat pada waktu malam. lebih kurang zikir lah. Tapi dah tak ingat pun sekarang ni. Bak tak halang saya belajar silat tapi dia adalah bercakap tentang silat. Seperti biasa, tempat kami berbual adalah di anak tangga atas sekali di depan rumah kampung. Tangga itu menyimpan banyak memori indah dengan Bak. Balik pada kisah silat tadi. Bak mulakan mukadimah dengan cerita peri pentingnya silat. dari segi kebudayaan dan kesihatan badan serta keselamatan diri. Tapi,dia juga bagitau ttg pengorbanan ahli silat dari segi disiplin dan pengorbanan masa. Dia titikberatkan tentang hal masa kerana pada dia yg penting adalah masa untuk belajar. Bak kata orang yg berpelajaran adalah orang yg akan selamat dunia akhirat. Zaman akan datang dah tak perlu org pandai bersilat. lagi sekali, tak tau samada Bak berlawak atau serius.. Bak kata. nanti kalau kau dah ada duit, beli je pistol. kalau org bersilat depan kau, tembak je dia.. logik gak kan cakap Bak ni. Saya pun stop lah belajar silat. lagipun tak tahan penat.
ok. cukup dulu. nanti sambung ttg hal pemikiran Bak saya ini.
Monday, February 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saudara (jika saudara adalah saudara bukan saudari)sangat bertuah kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan 'Bak'. Tidak ramai orang bernasib baik seperti saudara yang dapat meluangkan masa dan pendapat bersama-sama ayah atau 'Bak' nya.
ReplyDelete