Saturday, March 6, 2010

Bak dan UMNO ..sambungan

Kita sambung tentang perumpamaan pisau dan daging.

Its make sense bila difikirkan perumpamaan ini. UMNO ini hanya alat untuk survival bangsa. Yang penting adalah diri kita yang mengendalikan pisau itu. Kita tuan punya badan lah yang tentukan cara penggunaan pisau itu. Dalam kes UMNO ini, saya sehingga sekarang masih yakin yang parti ini sahajalah yang terbukti ketajaman nya. PAS setakat ini belum tunjukkan langsung keberkesanan nya sebagai alat. Di Pakatan rakyat pun status nya hanya sebagai parti no 3 selepas PKR dan DAP. Daripada antara yang cenderung kepada PAS, sekarang ni saya rasa mual dengan kelakuan pemimpin nya. Ahlinya pula sentiasa fikir yang mereka adalah lebih islam dari orang lain. Apa pun itu hak mereka yang saya pasti akan hormati.

Keterbukaan Bak terbukti bila sebahagian besar anak anak dia keluar UMNO dan menyertai PAS semasa Anwar dihalau dari UMNO. Ayat pertama bila saya balik kampung pada masa keluarnya beramai ramai AJK UMNO kampong saya dengan menyertai PAS adalah tentang pendirian saya. Bak tanya 'Dengar kau dah masuk bulan?'.. jawab saya 'kan darah ni masih merah'.. Kami selalu refer UMNO sebagai 'Merah'

Bak pun cerita ttg keluarnya sebahagian besar AJK UMNO menyertai PAS. Bak amat gembira dengar penafian saya menyertai PAS. Masih saya ingat mata Bak bergenang bila berpesan supaya saya teruskan perjuangan dalam UMNO. Perbualan ini di kerusi set depan bilik Bak dengan disaksikan Mak Zarah. Mak Zarah juga kerap ingatkan saya tentang 'wasiat' Bak ini bila Bak sudah meninggal dunia.

Pagi itu, Bak minta saya berjanji untuk membantu mengaktifkan UMNO kembali. Bak pesan supaya saya pastikan semasa election nanti undi kampong saya tetap pada BN. Jika hingga BN tewas maka Bak rasa yang perjuangan Bak selama ini sesia. Sekali lagi saya berjanji akan tunaikan permintaan Bak itu. Alhamdulillah pada Election masa itu hinggalah sekarang, tidak pernah BN tewas di peti undi kawasan kami.

Buat sesiapa yang membaca posting ini, itulah antara sebab mengapa setiap pilihanraya saya akan pasti berjuang untuk UMNO. Ada janji dan amanat yang perlu ditunaikan.

UMNO dan saya.

Salam.

Kali ini kita berbicara tentang politik. Ini antara topik yang menarik minat saya. Sejak kecil saya didedahkan dengan politik. Aruah Bak merupakan setiausaha UMNO cawangan. Malahan sebahagian besar keluarga saya yang lelakinya aktif dalam politik. saya walaupun minat berpolitik tetapi tidaklah aktif hingga memegang jawatan dalam parti.

Saya pun tak tahu bila saya sign borang masuk UMNO kampong saya. Sedar sedar je saya dah jadi ahli UMNO.Bak kata borang saya itu di isi oleh abang saya (tapi kini dia orang kuat PAS). Mulanya rasa bengang juga kerana jiwa saya pada masa itu lebih pada PAS. Masa di UITM saya mempunyai ramai kawan yang cenderung kepada aliran pembangkang. Balik kepada hal tetiba jadi ahli UMNo tadi.. Bak rasanya tahu yang saya tidak selesa dengan hal ini. Seperti biasa, di anak tangga atas depan rumah tu kami berbincang tentang politik. Bak jelaskan yang dia tiada halangan dengan kecenderungan saya pada PAS walaupun pada masa itu (sekitar 80 an) menjadi ahli PAS ,merupakan satu keganjilan.

Saya banyak mengkritik UMNO terutama dari segi sikap pemimpin nya yang korup dan non islamik berbanding PAS. Bak anehnya bersetuju dengan kritikan saya. Bak ni bukan orang UMNO yang fanatik. Pada dia, yang salah adalah salah. Menerima kritikan menjadikan pemimpin lebih matang.

Di ringkaskan cerita, saya akhirnya dengan rela hati menyertai UMNO atas hujah hujah Bak yang intipatinya masih saya ikut dan menjadi sebahagian dari asas perjuangan saya dalam berpolitik.

Antara hujah Bak yang saya setuju dan terpahat dalam pemikiran saya (Yg tak setuju pun banyak tapi kita cerita bab setuju) adalah kisah pisau dan daging, kisah monyet dan beruk.

Hal pisau dan daging ni antara lain bermaksud jika tujuan kita hendak memotong daging maka pisaulah alat kita. Dalam hal ini kita pasti mencari dan memilih pisau yang tajam dan berkualiti (Bak guna ayat tahan lama). Dalam hal politik pula, jika tujuan untuk memajukan serta membela bangsa, maka pada Bak tentunya UMNO yang lebih tajam dan tahan lama pisaunya. Sedangkan PAS masih tercari cari jenis besi nak dibuat pisau. Pengalaman menjadikan UMNO lebih 'tajam'

Kita sambung kemudian. ada urusan perlu dibereskan pagi ini.